Produksi Billionaire Boys Club (filem 2018)

Pada Mei 2010, The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa James Cox akan mengarahkan sebuah filem jenayah Billionaire Boys Club, kisah sebenar sekumpulan anak muda kaya di Los Angeles sekitar awal 1980-an yang memulakan Billionaire Boys Club untuk menjalankan skim Ponzi.[2] Cox telah menulis skrip dalam masa empat bulan selepas sebuah kajian ekslusif mengenainya bersama adiknya, Stephen yang menghabiskan empat bulan lagi untuk filem ini.[2] Cox telah mengumpulkan bahan untuk lakon layar dari dokumen mahkamah, transkrip lisan, dan artikel-artikel yang telah diterbitkan.

Pada 29 Oktober 2015, Ansel Elgort dan Taron Egerton menyertai senarai pelakon, dengan Elgort memegang watak sebagai Joe Hunt, ketua kumpulan dan pakar kewangan, manakala Egerton sebagai Dean Karny, seorang pemain tenis profesional.[3][4] Captain Mauzner telah menulis skrip bersama-sama dengan Cox, manakala penerbit filem pula Wiersma dan Cassian Elwes. Filem ini dibiaya oleh Armory Films, manakala Good Universe menguruskan jualan untuk pasaran antarabangsa.[4] Pada November 2015, Kevin Spacey[5] menandatangani perjanjian untuk memegang watak Ron Levin, Emma Roberts[6] pula menyertai sebagai Sydney, kekasih Hunt, manakala Suki Waterhouse sebagai Quintana, kekasih Karny.[7]

Pada Disember 2015, Variety melaporkan bahawa Judd Nelson, yang memegang watak sebagai Joe Hunt dalam siri mini 1987, Billionaire Boys Club, akan memegang watak sebagai Ryan Hunt, bapa kepada Joe.[8] Dalam bulan yang sama, Ryan Rottman[9] menyertai mereka untuk memegang watak sebagai Scott Biltmore, salah seorang kembar yang diambil sebagai anak angkat oleh pemilik Maybelline, yang menjadi orang pertama melabur dalam Club dan Thomas Cocquerel bersetuju untuk memegang watak sebagai Charlie.[10] Bokeem Woodbine, Billie Lourd dan Jeremy Irvine turut menyertai barisan pelakon dengan Irvine sebagai Kyle Biltmore, Lourd sebagai Rosanna, dan Woodbine sebagai pengawal kelab yang terlibat dalam kegiatan kelab.[11]

Pengambaran filem telah bermula di New Orleans pada 7 Disember 2015.[12][13][14]

Rujukan

WikiPedia: Billionaire Boys Club (filem 2018) http://deadline.com/2015/11/kevin-spacey-baby-driv... http://www.hollywoodreporter.com/news/ansel-elgort... http://www.hollywoodreporter.com/news/james-cox-di... http://www.hollywoodreporter.com/news/ryan-rottman... http://www.imdb.com/title/tt5179598/ http://www.nola.com/movies/index.ssf/2015/11/kevin... http://www.rottentomatoes.com/m/billionaire_boys_c... http://www.screendaily.com/festivals/afm/kevin-spa... http://www.showbiz411.com/2017/12/19/completed-bil... http://louisianaentertainment.gov/index.cfm/newsro...